Memori Piala Dunia 2002




Detik ini dirakam pada 15 Jun 2002, perlawanan pusingan kedua Piala Dunia 2002, antara Jerman dan Paraguay.

Perlawanan yang menampilkan dua penjaga gol terbaik dunia pada waktu itu, José Luis Chilavert dan Oliver Kahn.

Jerman bernasib baik, apabila serangan demi serangan yang dipatahkan oleh Chilavert membuahkan hasil apabila menemui jaringan di penghujung perlawanan.

Oliver Neuville merembat deras setelah mendapat umpanan cantik hantaran lintang dari Bernd Schneider, seterusnya mengesahkan kemaraan ke suku akhir.

0Comments

'The Playmaker of All Playmakers'.




Michael Laudrup, bekas perancang tengah Denmark,S.S. LazioJuventusFC Barcelona dan Real Madrid C.F., hari ini, usianya telah mencecah 50 tahun. 

Satu perkataan untuk menggambarkan tentang Michael Laudrup.

Elegan.

Cara dan visi hantaran, teknik beliau yang tinggi, helah gerakan, dan umpanan-umpanan berbahaya, Laudrup berada dalam kelas yang tersendiri.

Meski pun kurang mendapat pengiktirafan individu di peringkat antarabangsa atau Eropah, bekas-bekas rakan sepasukan beliau yang terdiri daripada kalangan pemain ternama dunia, sangat mengkagumi Laudrup. Sebut sahaja kawan atau lawan, samada pemain atau jurulatih, mereka semua tabik pada Laudrup.

Romario, Ronald KoemanRaúl GonzálezFabio CapelloHristo StoichkovJose MourihnoPep GuardiolaJose Mari BakeroMichel PlatiniIván ZamoranoFranz BeckenbauerJavier ClementeAlbert FerrerJohn ToshackIan Rush dan ramai lagi keluarga bola sepak di zaman Laudrup, mereka semua kalau ada topi di kepala, diangkat sambil tunduk tanda kagum pada beliau.

Hendak tahu bagaimana cara Laudrup ini main bayang-bayangkan lah nama-nama macam Andrea Pirlo,Zinedine ZidaneDiego Maradona, dan lain-lain barisan 'playmaker' yang grande era 80an dan 90an, begitu lah juga si Michael Laudrup ini. Boleh selongkar arkib video beliau di youtube.com.

Info foto : Michael Laudrup adalah ketua pasukan Denmark di Piala Dunia 1998, membantu Denmark mara sejauh suku akhir, sebelum kandas di tangan bakal finalis dan penyandang juara, Brazil. Denmark tewas tipis 2-3, berhempas pulas juga lah Brazil hendak menang.


Videonya..

0Comments

Fifa World Cup 2014 Schedule








0Comments

Notalgia Piala Dunia 1990






Reaksi Paul Gascoigne selepas dilayang kad kuning oleh perngadil José Roberto Wright, kerana mengasari pemain Jerman Barat, Thomas Berthold, dalam separuh akhir Piala Dunia 1990.

Ini bermakna, Gascoigne bakal digantung satu perlawanan dan tidak dapat beraksi di final andai England mara ke perlawanan akhir. 

Dalam masa yang sama, penyerang England, Gary Lineker dilihat cuba mententeramkan Gascoigne, selain membuat isyarat ke arah bangku simpanan England yang Gascoigne menitiskan air mata dan perlu ditenangkan.

"Beliau membentes keras Berthold dari belakang, dan jika masa kini, Gascoigne pasti terus dibuang padang. Ia bukan masalah saya jika sebelum itu Gascoigne sudah pun mengutip kad kuning. Tugas saya memastikan peraturan permainan dipatuhi. Jika saya tidak melayang kad kuning pada Gascoigne, barangkali saya akan hilang kawalan terhadap perjalanan perlawanan".

Luah pengadil, Jose Roberto Wright menceritakan tentang insiden tersebut.

Peminat Inggeris melabel detik tersebut antara detik sedih dalam bola sepak England.

England walaubagaimanapun gagal mara ke final, selepas kandas dalam penentuan penalti.




0Comments

MAZINHO Bek Kental Brazil




Kenal kah anda pada seorang lagi pemain Brazil selain Bebeto dan Romario dalam gambar di bawah???? 

Dia adalah MAZINHO. Bek kiri kental Brazil suatu ketika dahulu. Turut berkebolehan bermain di bahagian sayap.

TAHUKAH ANDA???
Thiago Alcântara merupakan anak kepada Mazinho. Thiago kini bermain utk Barcelona, dan ironinya telah memilih Sepanyol berbanding Brazil dalam peringkat antarabangsa



                                                               Thiago Alcântara 

0Comments

Daniel Passarella - El Kaiser of South America




Beliau adalah kapten pasukan Argentina semasa Piala Dunia 1978, seorang pemain pertahanan mantap yg berciri 'sweeper', bijak mengatur serangan dari bawah.

Elegan di padang, menjaringkan 134 gol dalam 451 perlawanan, walaupun beliau seorang pemain pertahanan.

Pernah membimbing pasukan kebangsaan Argentina dan Uruguay suatu ketika dahulu.

0Comments

Penjaga gol 'hati-kering









Harald Schumacher 

Penjaga gol 'hati-kering' Jerman Barat. Di Piala Dunia 1982, semasa perlawanan antara Jerman Barat dengan Perancis, ketika situasi 'one-by-one', beliau dengan sengaja 'menghentak' pertahanan Perancis, Patrick Battiston sehingga menyebabkan Battiston terkulai pengsan. Ajaibnya tiada sebarang Kad Merah atau Kad Kuning yang dilayangkan oleh pengadil.

Itu pengadil zaman 80an...hehe...

Ini Video insiden tersebut..


0Comments
Vnation. Powered by Blogger.