'The Playmaker of All Playmakers'.




Michael Laudrup, bekas perancang tengah Denmark,S.S. LazioJuventusFC Barcelona dan Real Madrid C.F., hari ini, usianya telah mencecah 50 tahun. 

Satu perkataan untuk menggambarkan tentang Michael Laudrup.

Elegan.

Cara dan visi hantaran, teknik beliau yang tinggi, helah gerakan, dan umpanan-umpanan berbahaya, Laudrup berada dalam kelas yang tersendiri.

Meski pun kurang mendapat pengiktirafan individu di peringkat antarabangsa atau Eropah, bekas-bekas rakan sepasukan beliau yang terdiri daripada kalangan pemain ternama dunia, sangat mengkagumi Laudrup. Sebut sahaja kawan atau lawan, samada pemain atau jurulatih, mereka semua tabik pada Laudrup.

Romario, Ronald KoemanRaúl GonzálezFabio CapelloHristo StoichkovJose MourihnoPep GuardiolaJose Mari BakeroMichel PlatiniIván ZamoranoFranz BeckenbauerJavier ClementeAlbert FerrerJohn ToshackIan Rush dan ramai lagi keluarga bola sepak di zaman Laudrup, mereka semua kalau ada topi di kepala, diangkat sambil tunduk tanda kagum pada beliau.

Hendak tahu bagaimana cara Laudrup ini main bayang-bayangkan lah nama-nama macam Andrea Pirlo,Zinedine ZidaneDiego Maradona, dan lain-lain barisan 'playmaker' yang grande era 80an dan 90an, begitu lah juga si Michael Laudrup ini. Boleh selongkar arkib video beliau di youtube.com.

Info foto : Michael Laudrup adalah ketua pasukan Denmark di Piala Dunia 1998, membantu Denmark mara sejauh suku akhir, sebelum kandas di tangan bakal finalis dan penyandang juara, Brazil. Denmark tewas tipis 2-3, berhempas pulas juga lah Brazil hendak menang.


Videonya..

0 comments:

Post a Comment

Vnation. Powered by Blogger.