Notalgia Piala Dunia 1990






Reaksi Paul Gascoigne selepas dilayang kad kuning oleh perngadil José Roberto Wright, kerana mengasari pemain Jerman Barat, Thomas Berthold, dalam separuh akhir Piala Dunia 1990.

Ini bermakna, Gascoigne bakal digantung satu perlawanan dan tidak dapat beraksi di final andai England mara ke perlawanan akhir. 

Dalam masa yang sama, penyerang England, Gary Lineker dilihat cuba mententeramkan Gascoigne, selain membuat isyarat ke arah bangku simpanan England yang Gascoigne menitiskan air mata dan perlu ditenangkan.

"Beliau membentes keras Berthold dari belakang, dan jika masa kini, Gascoigne pasti terus dibuang padang. Ia bukan masalah saya jika sebelum itu Gascoigne sudah pun mengutip kad kuning. Tugas saya memastikan peraturan permainan dipatuhi. Jika saya tidak melayang kad kuning pada Gascoigne, barangkali saya akan hilang kawalan terhadap perjalanan perlawanan".

Luah pengadil, Jose Roberto Wright menceritakan tentang insiden tersebut.

Peminat Inggeris melabel detik tersebut antara detik sedih dalam bola sepak England.

England walaubagaimanapun gagal mara ke final, selepas kandas dalam penentuan penalti.




0 comments:

Post a Comment

Vnation. Powered by Blogger.