Kisah Disebalik Jersey No 6 Skuad Brazil

| 6 6 | 

Piala Dunia 2014 berbaki 66 hari sahaja lagi. 

Brazil #6. 

Umum sedia maklum, pemain yang memakai nombor #6 dalam pasukan Brazil adalah bek kiri. Ia agak janggal dari kebiasaan, sebab biasanya bek kiri memakai nombor 2, 3, 4, atau 5.

Kenapa #6 dalam Salecao hanya khas pada pemain bek kiri.

Dan jika dinilai pada sejarah panjang Brazil, semua bek kiri Brazil, semuanya memakai #6.

Sebut sahaja Roberto Carlos, Branco, Junior, Everaldo dan Nílton Santos, mereka ini antara barisan bek kiri grande Brazil yang memakai jersi bernombor #6.

Tradisi ini bertitik tolak pada awal-awal zaman 40an dan 50an, ketika formasi WM (3-3-4) begitu popular. Brazil pula tampil dengan formasi 4-2-4 untuk mengatasi formasi WM. Empat pertahanan yang mendak di bawah, dan dua 'wing-back' kiri dan kanan. Jadi nombor diberi pada empat bek iaitu nombor 2, 3, 4, dan 5. Lalu aturannya disambung kepada bek kiri dengan nombor 6 dan bek kanan dengan nombor 7.

Dan biasa lah, posisi bek kiri ini memang istimewa. Perlu ada pemain kidal yang betul-betul hebat untuk mengisi posisi tersebut. Jadi kebetulan, Brazil mempunyai bek kiri yang betul-betul berkaliber.

Nilton Santos, anggota skuad Brazil yang menjuarai Piala Dunia 1958, yang dikatakan 'first attacking full-back', yang mula-mula menggunakan nombor #6. Sungguhpun pada Piala Dunia 1958, Nilton Santos bernombor 12, kerana nombor 6 dipakai oleh pemain tengah bernama Didi, selepas itu #6 kekal milik Nilton Santos.


Nilton Santos, orang kata kalau nak tahu cara dia main macam mana - anggap lah sama sepeti Roberto Carlos juga.Turun-naik di sayap kiri, dan boleh bantu serangan, dan kadang kala mampu merembat dan menghasilkan gol.

Piala Dunia 1970 - salah satu edisi yang memaparkan betapa pentingnya peranan bek kiri dan kanan di bahagian sayap. Everaldo dan Carlos Alberto Torres untuk skuad Brazil sebagai contoh. Selain berperanan mengawal pertahanan, mereka ini turun naik membantu serangan.

Jadi wujud stigma pada waktu itu, nombor #6 Brazil - hebatnya harus seperti Nilton Santos. Ia berkesinambungan pada Everaldo, Altair, Junior, Branco, dan Roberto Carlos. Sejak itu, tidak kisah walau apa jua pun formasi pasukan Brazil, nombor #6 lazimnya dikhaskan untuk pemain berposisi bek kiri.

Sebab mana-mana yang terpilih menyarung jersi #6, mereka adalah grande, harus paling tidak pun setara dengan nama-nama agung di posisi itu dahulu.

Siapa #6 Brazil masa kini?

Info foto : Roberto Carlos di Piala Dunia 1998 dan Branco di Piala Dunia 1994.

1 comments:

Enkosa said...

baju bolanya ini di jual gak gan

Post a Comment

Vnation. Powered by Blogger.